Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Tahun ini adalah pengalaman pertama menyambut hari guru di Sk Pokok Sena..

Walaupun masih baru tp mendapat banyak hadiah dan ucapan2 sms dr ank2 murid Pokok Sena ni dan sebahagian dari SMK Guar Perahu.

Semoga guru2 di Malaysia menjadi Murabbi yg terus berjuang dalam mendidik, membimbing dan memartabatkan anak bangsa tanpa mengenal erti jemu dan penat. Terimalah sebuah puisi khas buat guru2 di seluruh dunia...



BIARKU MENJADI LILIN

MEMBERI CAHAYATERANGI SEKELILING

DENGAN DIRI TERBAKAR

TAK SIAPA YANG SEDAR

DI SAAT KEGELAPAN

RELA AKU BERKORBAN

DEMI SATU IKATANTIAP MASA BERLARI

DAN KAU TERUS MENDAKI

AKU SENANG DI SINI

DENGAN SABAR MENANTI

TANPA DENDAM DAN BENCI

ANDAINYA KAU TERJATUH

TERLUKA DAN TERSUNGKUR

KU RAWAT BIAR SEMBUH

AKU TAKKAN BERTANYA

APAKAH NANTI BALASANNYA

SETIAP PENGORBANANSETIAP PEMBERIAN

DEMI SATU IKATAN

KEIKHLASAN DI HATI

WALAUPUN SERING KAU RAGUI

NANTI SUATU MASA DAN SUATU KETIKA

AKAN KETARA JUA

BIARKU MENJADI LILIN

MEMBERIKAN CAHAYA

SAAT KAU KESEPIAN

SAAT KAU KEGELAPAN

KU RELA MENERANGKAN

AKU SENANG BEGINI

DAPAT TERUS BERBAKTI

DENGAN CARA SENDIRI

Thursday, March 19, 2009

Bingkisan Salam

Dalam dunia yang serba moden..jangan dipandang komodenan tersebut hanya merosakkan dan melekakan. Tetapi menjadi suatu kebaikan yang mana dengannya dapat menyebarkan ilmu serta membina syakhsiah insan dengan syarat komodenan dan kecanggihan teknologi digunakan dengan sebetulnya dan sebagai platform dakwah demi menegakkan kalimah tauhid diatas muka bumi Allah Azzawajalla. Menyedari hakikat demikian, di dalam berjuta ruangan ilmiah, maka diambil sedikil ruang yang serba kekurangan dan kedhoifan ini untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu, bertukar pendapat, dan sebagai medan menghubungkan ukhuwah persahabatn sesama insan demi menuju MARDHOTILLAH...
- Alhakimy

Bingkisan salam untuk semua
Doa selamat sesama saudara
Tautan hati dengan ikatan iman
Rahmat Allah semoga berjaya
Tanamkan rasa bersama
Satu matlamat hidup di dunia
Hadapi onak durinya sepanjang jalan
Tabahkan hati menuju bahagia
Lumrah kehidupan penuh pancaroba
Manusia perlukan suluh cahaya
Iman yang sejati amalan yang murni
Taqwa demi kurnia ilahi
Kita suburkan rasa persaudaraaan
Bersama diharungi hidup di duinia ini
Bersatu dalam rahmat harmoni masyarakat
Dengan teras muafakat tentu mendapat untung dunia akhirat
Ucapan salam untuk semua
Moga selamat teman dan saudara
Kasih di hati itu tanda beriman
Rahmat Allah untuk selamnya
-Kamal Halim-