Dalam dunia yang serba moden..jangan dipandang komodenan tersebut hanya merosakkan dan melekakan. Tetapi menjadi suatu kebaikan yang mana dengannya dapat menyebarkan ilmu serta membina syakhsiah insan dengan syarat komodenan dan kecanggihan teknologi digunakan dengan sebetulnya dan sebagai platform dakwah demi menegakkan kalimah tauhid diatas muka bumi Allah Azzawajalla. Menyedari hakikat demikian, di dalam berjuta ruangan ilmiah, maka diambil sedikil ruang yang serba kekurangan dan kedhoifan ini untuk sama-sama berkongsi maklumat dan ilmu, bertukar pendapat, dan sebagai medan menghubungkan ukhuwah persahabatn sesama insan demi menuju MARDHOTILLAH...
- Alhakimy
- Alhakimy
Bingkisan salam untuk semua
Doa selamat sesama saudara
Tautan hati dengan ikatan iman
Rahmat Allah semoga berjaya
Tanamkan rasa bersama
Satu matlamat hidup di dunia
Hadapi onak durinya sepanjang jalan
Tabahkan hati menuju bahagia
Lumrah kehidupan penuh pancaroba
Manusia perlukan suluh cahaya
Iman yang sejati amalan yang murni
Taqwa demi kurnia ilahi
Kita suburkan rasa persaudaraaan
Bersama diharungi hidup di duinia ini
Bersatu dalam rahmat harmoni masyarakat
Dengan teras muafakat tentu mendapat untung dunia akhirat
Ucapan salam untuk semua
Moga selamat teman dan saudara
Kasih di hati itu tanda beriman
Rahmat Allah untuk selamnya
-Kamal Halim-

No comments:
Post a Comment